Kebanyakan tugas
pengembangan dan pembinaan bahasa Melayu (BM) ditanggung oleh Dewan Bahasa dan
Pustaka (DBP), badan perancangan bahasa yang telah ditubuhkan pada tahun 1956.
F.X. Karam (1974) menganggap DBP sebagai satu badan yang menjalankan atau
mengawasi tiga aktiviti perancangan bahasa yang berkaitan, iaitu perancangan,
pelaksanaan, dan penilaian. Pada peringkat pelaksanaan, kegiatan-kegiatannya
ialah yang terlibat dengan bahasa itu sendiri, iaitu penentuan norma,
kondifikasi norma melalui sistem tulisan, penyusunan tatabahasa dan kamus
(teknikal dan bukan teknikal) dan penyebaran norma-norma ini kepada
pengguna-pengguna. Satu tinjauan sepintas lalu akan kegiatan-kegiatan DBP dapat
menggambarkan kegiatan-kegiatan yang telah dijalankan.
Konsep
perancangan bahasa
Menurut Haugan (1972:287),
perancangan bahasa ialah aktiviti normatif sesebuah akademi atau jawatankuasa
bahasa, semua bentuk aktiviti yang dikenal nama pemupukan bahasa (language
cultivation) dan semua cadangan yang menuju kea rah reformasi bahasa atau
penyeragaman.
Menurut Rubin & Jernudd (1971), perancangan bahasa
meliputi kegiatan-kegiatan yang membawa perubahan kepada bahasa yang ‘dirancangkan oleh badan-badan yang
ditubuhkan khas untuk tujuan-tujuan ini atau yang diberikan mandat untuk menjalankan
tugas-tugas ini.’(Ham. xvi). Badan-badan ini dinamakan badan perancangan
bahasa.
Tujuan
penubuhan DBP
Di Malaysia, badan yang
penting dalam perancangan bahasa ialah DBP yang ditubuhkan sebagai satu jabatan
dalam Kementerian Pendidikan pada tahun 1956. Di awal penubuhan DBP, badan ini
bergelar Balai Pustaka, namun atas cadangan Kongres Bahasa dan Persuratan
Melayu III, namanya diubah kepada namanya sekarang DBP. Pada tahun 1959,
melalui Akta Parlimen, DBP berubah menjadi sebuah perbadanan.
Tujuan
utama penubuhan DBP ialah untuk memupuk dan memperkaya BM melalui penyelidikan,
penerbitan, dan penyebaran bahan-bahan dalam BM. Sejak lebih 30 tahun
penubuhannya, banyak kemajuan telah dicapai. Antara aktiviti yang telah
dilakukan DBP termasuklah :
1.
Yang bersifat mempopularkan BM
Aktiviti-aktiviti ini
dijalankan pada peringkat awal penubuhannya dan bertujuan untuk memperkenalkan
kebolehan dan kemampuan BM sebagai bahasa rasmi dan bahasa pengantar ilmu
pengetahuan.
2.
Pemodenan bahasa
Dalam bidang ini
termasuklah kegiatan penyelidikan dan penyediaan aspek-aspek bahasa yang
bertujuan untuk melengkapkan BM sesuai dengan tugas-tugas baharunya. Aktiviti
yang paling Berjaya pemodenan perbendaharaan kata, iaitu penciptaan
istilah-istilah baru. Kegiatan-kegiatan lain ialah penyediaan kamus, buku-buku
teks, dan bahan-bahan bacaan termasuklah penghasilan majalah-majalah dan
risalah tentang bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan.
3.
Penyeragaman bahasa
DBP cemerlang menjayakan
penyelesaian masalah ejaan, terutama tercpainya ejaan bersama Melayu-Indonesia
pada tahun 1972. Aspek-aspek lain ialah penyeragaman tatabahasa dan sebutan.
4.
Pemupukan kesusasteraan
DBP berfungsi sebagai
sumber penghasilan dan penyebaran bahan-bahan kesuasasteraan.
5.
Penerbitan
DBP mengadakan bahan
bacaan, terutama buku-buku teks untuk institusi pengajian. DBP turut menerbitkan
majalah yang bermutu dan mendapat sambutan.
Laporan
Tahunan 1986 :
a)
Pembinaan dan pengembangan bahasa
Ini dicapai melalui
kegiatan dalam bidang-bidang seperti penyelidikan, peristilahan, perkamusan,
dan pelaksanaan.
Dalam bidang penyelidikan, aspek-aspek yang dikaji ialah
korpus bahasa, kaji selidik pemasyarakatan bahasa, pembinaan pangkalan data
bahasa kebangsaan dan penyusunan dan penulisan sejarah bahasa Melayu.
Dalam bidang peristilahan, matlamat adalah untuk membina
dan memperkaya peristilahan Melayu dan menyebarkan penggunaannya pada peringkat
kebangsaan dan rantau Asean. Contoh MABBIM.
Bahagian perkamusan menerbitkan pelbagai jenis kamus yang
dapat mencerminkan kedudukan perbendaharaan kata bahasa Melayu. Pada tahun
1986, DBP terlibat dalam usaha menerbitkan lima buah kamu, iaitu Kamus
Inggeris-Melayu, Kamus Pelajar Bahasa Malaysia, Kamus Berilustrasi Bahasa
Malaysia, Kamus Ilmu Sains Am, dan tambahan kepada Kamus Dewan.
Unit pelaksanaan Bahasa Kebangsaan bertujuan meningkatkan
taraf penggunaan dan penguasaan bahasa Melayu di sector awam, sector pendidikan,
media massa, dan masyarakat umum. Antara aktiviti yang dilakukan ialah ceramah,
kursus, penyemakan, dan penyebaran maklumat.
b)
Pembinaan dan pengembangan sastera
Pada tahun 1986, tiga
projek baru dimulakan, iaitu Kumpulan Pantun Melayu, Malaysia Dalam Puisi, dan
Panduan Teks Melayu Klasik. Terdapat juga Glosari Istilah Kesusasteraan, Wajah
(Biografi Penulis) (edisi kedua), Kaji Selidik Pembaca Sastera, Konsep dan
Pendekatan Sastera, penerbitan novel-novel Melayu sebelum Perang Dunia Ke-2,
Sejarah Kesusasteraan Melayu II, dan Sejarah Kesusasteraan Melayu Klasik.
DBP juga memperkenalkan Anugerah Sastera Negara, Hadiah
Sastera Malaysia, Penulis Tamu DBP, Kelab Sastera, ceramah dan bengkel serta
kegiatan bertaraf antarabangsa seperti Pengucapan Puisi Kuala Lumpur.
c)
Penebitan buku dan majalah
Pada tahun 1986, 376 judul
buku berjaya diterbitkan, iaitu 204 judul baru dan 172 judul yang dicetak
semula. Pembahagian judul dibahagi kepada bidang bahasa 48 (27 buah), sastera
142 (75 buah), sains 74 (41 baru), kemanusiaan 67 (43 baru), agama/baru 29 (11
baru), dan seni dan budaya 16 (7 baru).
Dalam penerbitan majalah dan jurnal, DBP meneruskan
penerbitan lima buah majalah dan sebuah jurnal pada setiap bulan. Antara
majalah yang diterbitkan DBP ialah Dewan Masyarakat 50,000, Dewan Sastera
4,000, Dewan Budaya 4,000, Dewan Siswa 13,000, Dewan Pelajar 36,000, dan jurnal
Dewan Bahasa 3000.
Bahagian penerbitan Am juga mengadakan program pembangunan
penerbitan, antaranya Bantuan Dermacipta, Minggu Remaja, dan Minggu Kawanku
Buku.
Nik
Safiah Karim (1981). Beberapa Persoalan
Sosiolinguistik Bahasa Melayu. Dewan
Bahasa dan Pustaka : Kuala Lumpur.