1.
Lingua Franca
Bahasa yang terdapat dalam
kawasan pertembungan bahasa yang intensif yang digunakan oleh penutur-penutur
bahasa daripada pelbagai komuniti bahasa sebagai bahasa perantara sepunya dalam
berkomunikasi.
2.
Bahasa Slanga
Satu kelainan bahasa yang
dicirikan oleh kosa kata yang baharu digubal dan sifatnya cepat berubah. Bahasa
ini sering digunakan oleh golongan remaja dan profesional. Dalam bahasa ini,
kata-kata baru muncul dan kemudian hilang dengan cepat.
3.
Bilingualisme
Seseorang mengetahui dan
menguasai 2 bahasa dan mengamal dan menggunakan kedua-dua bahasa tersebut dalam
kehidupan seharian.
4.
Bahasa Sindiran
Perkataan yang ditujukan
maksudnya kepada seseorang dengan tidak disebutkan dengan tepat, hanya disigung
dengan dikias-kiaskan atau diarahkan kepada perkara lain kerana tidak suka
hendak menyebutnya terang-terang.
5.
Bahasa Mengejek
Bahasa yang mengatakan
seseorang atau seseuatu kumpulan dengan perkataan yang tepat tetapi dengan gaya
yang mengajukkan keburukannya serta mempermain-mainkan dia supaya Nampak bodohnya,
atau sia-sianya atau ditertawakan orang.
6.
Setia Bahasa
Dengan setia bahasa,
timbullah rasa cinta yang bermakna bahawa kita mesti memelihara kedudukan
bahasa berkenaan supaya tidak tersisih dari kehidupan masyrakatnya.
(Asmah Hj. Omar, 2002:64)
7.
Cinta Bahasa
Sikap cinta bahasa
memerlukan kita menjaga kedudukan bahasa itu sebagai lambang perpaduan kita
dalam erti kata lain ‘kepunyaan kita
bersama.’
8.
Bangga bahasa
Sikap menggunakan bahasa
menurut peraturan-peraturan yang sudah dipersetujui oleh masyarakat, atau dalam
erti kata lain ‘menggunakan bahasa dengan
baik.’