Penulis |
Kesimpulannya, saya berjaya menyiapkan 40 situasi berkaitan dengan ilmu Sosiolinguistik yang dimuatkan di dalam blog saya, iaitu KOREK BAHASA. 7 minggu (mula minggu 3-10) saya mengambil masa untuk menyiapkan 40 situasi tersebut dan pelbagai situasi Sosiolinguitik yang saya telah jumpa dalam kehidupan saya di sekeliling seperti slanga, dialek, santun dan tidak santun bahasa, variasi bahasa, setia bahasa, bahasa kasar, bahasa halus, bahasa panggilan dan sebagainya. Kepelbagaian situasi ini telah membantu dan memberi faham kepada saya berkaitan dengan ilmu Sosiolinguistik yang sebenarnya. Bagi saya, pembelajaran secara teori seperti di dalam kelas dan kuliah kurang membantu dalam memahami sesuatu ilmu, tetapi apabila digabungkan teori dengan praktikal barulah saya dapat memahami dan menguasai sesuatu ilmu tersebut.
Ucapan terima kasih kepada pensyarah Sosiolinguistik, Puan Husna Faredza Binti Mohamed Redzwan yang menyediakan tugasan blog untuk menulis dan mengumpulkan situasi-situasi Sosiolinguitik yang berlaku dalam kalangan masyarakat Malaysia seharian. Bagi saya tugasan berbentuk blog ini bagus dan sesuai digunakan, kerana apa-apa yang kita tulis dapat dikongsi bersama-sama dengan orang lain di laman maya. Orang lain juga dapat memberi komen dan pandangan terhadap penulisan kita. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan Kursus Sosiolinguistik yang memberi tunjuk ajar dan sokongan kepada saya dalam mencari dan menyiapkan 40 situasi ini selama 7 minggu - Mohd Kodri Bin Ab Malik
No comments:
Post a Comment