Menurut Luqman & Abu
Khair Atan (2001), peribahasa
mencerminkan ketajaman renungan dan pemikiran nenek moyang kita yang
membandingkan reality kehidupan dengan
segala gerak laku manusia dan alam sekeliling.
Peribahasa ialah satu rangkaian kata yang
digunakan oleh orang Melayu untuk menyatakan sesuatu perkara, yang berupa
kata-kata hiasan atau sindiran.
Menurut Sulaiman Zakaria (1998), peribahasa
mempunyai pengertian tertentu dan digunakan oleh masyarakat dahulu untuk
menyampaikan sesuatu maksud secara halus.
Contoh
peribahasa :
1. Berjagung-jagung dahulu, sementara padi masak. Bermaksud mengajar
masyarakat supaya mengamalkan sikap rajin
dan tidak mengharapkan kepada satu perkara sahaja.
2. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Bermaksud, melarang seseorang supaya jangan
mendirikan rumah atau tinggal di tepi pantai, jika takut dilambung ombak.
3. Sudah jatuh, ditimpa tangga. Peribahasa ini menggambarkan kondisi
seseorang yang ditimpa oleh sesuatu kemalangan, kemudian datang pula kemalangan
yang lain menimpa ke atas dirinya.
Simpulan
Bahasa
Menurut Abdullah Hassan
(1986), simpulan bahasa sebagai ungkapan yang terjadi dalam rentetan yang
sesuai dengan pola frasa bahasa Melayu.
Menurut Hussein (1990), simpulan bahasa
ialah perkataan atau kelompok perkataan yang tertentu untuk menyatakan sesuatu
maksud lain daripada erti yang lazim.
Peribahasa wujud kerana masyarakat Melayu
mahu menyampaikan sesuatu makna secara analogi atau perbandingan. Tegasnya,
simpulan bahasa ditimbulkan untuk menyampaikan maksud secara tidak langsung.
Contoh
simpulan bahasa :
1. Berkepala dua. Kalau di dalam ayat, ia membawa maksud mempunyai dua
kepala. Manakala simpulan bahasa kepala dua bermaksud orang yang tidak
mempunyai pendirian atau memihak ke sana, memihak ke sini.
Perumpamaan
Menurut Awang Had Salleh
dan Abdul Razak Abu (1990:187), perumpamaan adalah susunan kata-kata dalam
sesuatu ayat yang memberi makna khas berlainan daripada ayat yang diucapkan
atau ditulis dalam ayat itu, atau membandingkan sesuatu dengan benda lain boleh
diertikan sebagai perumpamaan. Perumpaan tersebut dikaitkan dengan perilaku
manusia atau corak hidup masyarakat.
Zaitul Azma Zainon Hamzah ( 2006:288),
mendifinisikan perumpamaan sebagai peribahasa yang mempunyai maksud yang
berlainan daripada perkataan-perkataan yang membentuknya. Perumpamaan biasanya
menggunakan kata bandingan seperti macam,
umpama, bak, laksana, dan seperti.
Contoh
perumpamaan
1. Payah umpama memelihara diri dalam sarang
lebah
2. Pantas seperti lipas kudung
3. Pekak macam badak
Pepatah
Pepatah boleh
didefinisikan sebagai ungkapan-ungkapan yang dibentuk berdasarkan sesuatu
peristiwa yang berlaku dalam kehidupan. Tujuannya adalah untuk mengajar dan
mendidik masyarakat supaya berhati-hati dan berfikir terlebih dahulu sebelum
melakukan sesuatu (Peribahasa KBSM,2006:251).
Contoh
Pepatah :
1. Ada air, adalah ikan
Maksud : Sekiranya rajin
berusaha, rezki ada di mana-mana sahaja.
2. Ada angina, ada
pokoknya
Maksud : Sesuatu perkara
yang berlaku mesti ada sebabnya.
No comments:
Post a Comment