Thursday, 5 April 2012

Bahasa dan perpaduan


Bilingualisme menyebabkan tragedi dan kesengsaraan yang tidak terperikan kepada masyarakat yang menjadi mangsanya. Memang ada teori politik yang mengatakan apabila sesebuah negara bekas tanah jajahan mempunyai banyak bahasa-bahasa peribumi, jalan yang paling selamat untuk menyatupadukan semua rakyat ialah memilih bahasa bekas penjajah sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar sistem pendidikannya, kerana dengan mengambil bahasa asing tidak ada mana-mana pihak yang berasa bahasanya teraniaya, meskipun apa yang mereka tidak sedari ialah semua bahasa-bahasa peribumi mereka adalah teraniaya oleh bahasa asing.
 Teori ini terus dicuba di India, Filipina, Nigeria, Kenya, Ghana dan lain-lain. Jelas, selepas setengah abad teori itu diuji, yang ada hanyalah bukti-bukti negatif. Jauh dari bersatu padu, India makin berpecah belah dan melahirkan Pakistan, kemudian Bangladesh, kini Kashmir dan Punjab menuntut kebebasan. Keadaan di negara-negara lain tidak jauh bezanya. Hingga kini perang terus meletus antara kaum-kaum peribumi itu di mana-mana saja bahasa bekas penjajah dijadikan bahasa rasmi.

No comments:

Post a Comment