Pada masa kini, ada
kecenderungan pengacara televisyen dan radio menggunakan bahasa pasar, iaitu
bahasa campuran. Terdapat beberapa ciri-ciri untuk kita mengenali bahasa pasar
ini :
1. Ayatnya mungkin terdiri
daripada bahasa lain daripada bahasa Melayu
2. Struktur ayat tidak
lengkap
3. Imbuhan tidak
digunakan, tidak mematuhi rumus tatabahasa
4. Ganti nama dipinjam
daripada bahasa Inggeris
5. Kata-kata tidak
signifikan (seperti istilah) pun dipinjam, proses pemimjaman tidak menentu
6. Kosa kata terdiri daripada
kata-kata rendah bercampur
7. Digunakan dalam konteks
rendah, interaksi sosial yang rendah.
Kebanyakan, bahasa ini (pasar) berupa
bahasa slanga yang sering dituturkan oleh remaja. Meskipun, bahasa ini ternyata
dapat menyampaikan maklumat, tetapi bahasa ini bukanlah bahasa budaya tinggi.
Bahasa pasar ini tidak rapi, bercampur-aduk, banyak menggunakan bahasa slanga.
Ini adalah bahasa rendah yang hanya mampu mengungkapkan budaya rendah. Bahasa
ini juga tidak layak menjadi bahasa yang digunakan untuk saluran rasmi
pemerintah seperti radio dan televisyen.
Gambar Hiasan |
Situasi
Dialog 1
Pengacara sebuah rancangan
kelab remaja di televisyen mengeluarkan ungkapan seperti berikut :
Pengacara
: Masa cuti lalu I…beserta kru
televisyen…we all buat syuting di…harap you all akan menonton apa yang we
all sediakan untuk you all…
Dialog 2
Seorang artis wanita
mengiklankan segmen muziknya untuk penonton. Bahasa artis tersebut adalah
seperti berikut:
Dialog 3
Pengguna bahasa pasar
mudah menyamatarafkan semua orang dengan tarafnya sendiri (Kampung Baru, Ogos
1997)
Pelayan: You
nak makan apa? You seleklah
makan dari meja tu, you ambiklah apa you
nak. Kemudian you bawak kat I, I kira bagi kat you.
Pelanggan: Cik puan, panggillah pelanggan ‘cik’
... ‘encik’ dan ‘puan.’ Itu panggilan hormat.
Pelayan: You
tak suka tak pa ...we all tak pernah dengar orang komplen
pun ....
Analisis
Bahasa pasas ialah
bahasa ialah bahasa yang menggunakan struktur ayat Melayu,
tetapi perkataan campuran dengan perkataan bahasa pinjaman. Yang paling ketara
ialah bahasa pasar menggunakan kata ganti nama asing, iaitu I, you, we all,
they all, gua, lu, gua semua, lu semua, lu orang, kita orang, aya, ane, bai,
dan sebagainya.
Bahasa pasar ialah bahasa orang tidak
terpelajar. Ini bukan bahasa rapu dan bahasa rasmi. Ini adalah bahasa rendah,
layak digunakan dalam perhubungan dengan rakan-rakan di luar majlis rasmi, di
pasar, di dapur, di perhentian bas dan sebagainya. Dalam
rancangan rasmi melalui televisyen ke seluruh negara, bahasa pasar tidak wajar
digunakan. Menggunakan bahasa pasar ini sangat merendahkan taraf orang yang
dilawan bercakap. Tatabahasa sosial yang dilanggar ialah :
1. Budaya Melayu
memerlukan bahasa yang rapi digunakan dalam suasana rasmi. Bahasa pasar ini
tidak ada tempat dalam majlis rasmi.
2. Menggunakan ganti nama
bahasa pasar kepada orang datang daripada budaya rendah. Budaya tinggi menuntut
bahasa yang rapi.
3. Dengan mengeyou-youkan penonton, pengacara
menurunkan semua orang ke taraf mat dan minah rock sahaja.
4. Televisyen adalah
saluran rasmi. Bahasa pasar dan bahasa campur-aduk tidak ada tempat dalam
saluran rasmi.
5. Tidak menggunakan neka
bahasa baku. Dalam suasana rasmi, perkataan dan sebutan pun mesti rasmi, iaitu
bahasa baku.
6. Bahasa pasar tidak ada
kehalusannya, peri laku penutur bahasa pasar juga akan menjadi kasar dan
sumbang. Apabila kita menggunakan bahasa berbudaya tinggi, kita tidak tergamak
berkelakuan kasar dengan pelanggan.
Apabila pelayan menggunakan ganti nama you kepada pelanggan, pelanggan merasa
tidak dihormati. Malah, dia merasakan dia disamakan dengan pelayan remaja yang
menyebut dirinya I. Pada pihak
pelayan pula, apabila dia menggunakan kata ganti nama you kepada semua
pelanggan, dia merasakan dia sama taraf dengan pelanggan. Oleh itu dia telah
berlagak bahawa dia wajar menjawab kata-kata pelanggan. Pelanggan adalah penting.
Tanpa pelanggan perniagaan kita tidak ada. Oleh sebab itu pelanggan adalah
bertaraf lebih tinggi daripada pelayan. Kita tidak boleh merendahkan mereka
dengan mengeyou-youkan mereka. Elakkan perbalahan dengan pelanggan. Ini akan
dapat kita buat dengan memanggil mereka Encik, Tuan, Puan, Cik dan Cik Puan.
Gugurkan sama sekali ganti nama you dan I.
Apabila kita mahu menggunakan bahasa tinggi
buanglah ganti nama pinjaman. Gunakan ganti nama hormat, iaitu: Tuan, Puan, Encik, Cik, para penonton, para
pendengar, para peminat, barulah perilaku penutur juga turut berubah.
Dialog
yang sudah dibaiki (bahasa yang berbudi bahasa)
Dialog 1
Pengacara kelab remaja.
Pengacara:
Masa cuti lalu saya berserta kru televisyen. Kami membuat penggambaran di (...)
Saya harapkan saudara semua akan menonton apa yang kami sediakan untuk saudara semua.
Dialog 2
Artis:
Saya sudah rakamkan empat buah album untuk saudara semua. Saudara semua mesti
mendengar lagu-lagu saya. Saya akan pilih lagu-lagu yang menarik spesiali untuk
saudara semua. Penerbit saya dan ahli kru telivisyen kami, semuanya telah
menyediakan rancangan spesel untuk yaudara semua. Kami telah bekerja keras
untuk saudara semua.
Dialog 3
Pelayan:
Tuan-tuan dan Puan-puan hendak makan apa? Tuan-tuan dan puan-puan bolehlah
memilih makanan dari atas meja itu. Tuan-tuan dan Puan-puan bolehlah mengambil
apa makanan yang dikehendaki. Kemudian, bawalah kepada saya, saya kira untuk
Tuan-tuan dan Puan-puau.
Pelanggan:
Cik puan, panggillah pelanggan ‘cik’ ... ‘encik’ dan ‘puan.’ Itu panggilan
hormat.
Pelayan:
Sekiranya Tuan tidak suka tidak mengapa. Kami tidak pernah orang bersungut
mengenai hal ini.
Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya,
bahasa kacukan bukanlah bahasa budaya tinggi. Penuturnya dengan sendirinya
menurunkan tarafnya kepada taraf orang tidak terpelajar, tidak berbudaya
tinggi, main-main, tidak serius, tidak menghormati majlis dan pendengarnya.
Penutur bahasa kacukan menurunkan karisma penuturnya.
Rujukan
No comments:
Post a Comment