Monday 26 March 2012

Dialek Kuak Hulu (DKH)


Gambar Hiasan
Jika negeri Kedah hanya merupakan salah satu dari subkawasan dialek Kedah disebabkan dialek ini mempunyai penyebaran yang melampaui sempadan negeri, maka ia sama dengan keadaan di negeri Perak. Tutur kata yang boleh dikatakan mewakili dialek Perak hanya terdapat di negeri Perak. Selain itu, bahagian-bahagian tertentu di negeri Perak juga merupakan kawasan penyebaran dialek-dialek lain, iaitu dialek Pattani di daerah Ulu Perak dan Larut Matang, dialek Kedah di daerah Taiping ke Utara, dan dialek Selangor di daerah Ipoh ke Selatan. Kawasan daerah Perak yang betul-betul mewakili dialek Perak ialah di daerah Parit dan Kuala Kangsar, manakala sebahagian daerah Kuala Kangsar yang bersempadan dengan Taiping termasuk daerah Kerian merupakan kawasan peralihan antara dialek Kedah dan dialek Perak.
      Di sebelah barat lautnya ialah kawasan Kerian yang merupakan kawasan yang masyarakatnya bertutur menggunakan dialek Kedah. Di sebelah Utara pula, iaitu daerah Lenggong yang merupakan subkawasan dialek Pattani, di arah Selatan, iaitu Ipoh yang merupakan kawasan dialek Selangor dan bahagian di bahagian Timur yang meliputi kawasan daerah Grik, dan Pengkalan Hulu banyak menerima pengaruh dialek Pattani dan dialek Kelantan. Dialek yang akan saya kaji ialah dialek kawasan saya sendiri iatu kawasan daerah timur, iatu Pengkalan Hulu atau Kroh. Pengkalan Hulu ini pula dipecahkan lagi kepada beberapa subkawasan, iaitu kampumg Kuak Hulu,kampung Kuak Luar,Kuak Tengah,Kelian Intan,Kampung Air Panas,kampung Selarong dan Felda Lepang Nenering.Setiap kampung yang ditunjukkan di atas menuturkan dialek-dialek yang berbeza antara satu sama lain misalnya Penduduk Felda Lepang Nenering yang kebanyakan mereka berasal dari Taiping menggunakan dialek Taiping dalam perbualan seharian.
       Manakala bagi kampung Kuak Hulu, Kuak Luar, Selarong, dan Air Panas dan Kuak Tengah penduduknya kebanyakan terdiri daripada penduduk asal kampung tersebut. Apabila kita menyebut sahaja penduduk asal sesebuah kampung sudah mestinya dialek atau loghat yang digunakan juga sama. Kebanyakan dialek yang digunakan oleh penduduk-penduduk kampung yang dinyatakan di atas, mereka menggunakan dialek yang sama dan dapat difahami oleh penduduk kampung lain walaupun jarak rumah mereka berjauhan.Contohnya perkataan [kamu] dalam dialek saya ialah [mu],penduduk-penduduk kampung tersebut dapat memahami apabila seseorang menyebut perkataan [mu].Hal ini menunjukkan bahawa dialek yang dituturkan oleh daerah Perak Timur, iaitu Pengkalan Hulu lebih kurang sama dengan dialek yang dituturkan oleh penduduk Kedah, tetapi perbezaannya adalah dari segi cara penyebutan sesuatu perkataan.
       Saya telah memperkecilkan lagi skop kajian saya tentang dialek daerah Perak Timur dengan mengambil kampung saya, iaitu kampung Kuak Hulu sebagai kajian dialek. Kampung Kuak Hulu ini pula dibahagi lagi kepada beberapa subkampung yang kecil, iaitu kampung Tok Balai,Kg. Seberang,Kg. Tok Ketua,Kg. Banggol Temak,dan Kg. Berangan. Kesemua dialek yang dituturkan oleh penduduk di kampung ini adalah sama kerana mereka tinggal dalam corak geografi perkampungan berkelompok. Dalam kajian saya tentang dialek Kuak Hulu ini, saya telah menemu bual seorang respondan untuk membantu saya lebih memahami lebih mendalam tentang dialek tempat asal saya. Penggunaan respondan juga membantu saya dalam mengetahui bagaimana seseorang penutur jati menyebut sesuatu perkataan atau fonem dari sudut fonetik dan fonologi, semantik, morfologi, dan sintaksis serta membuat beberapa transkripsi fonetik tentang perkataan yang disebut supaya saya dapat membezakan dialek Kuak Hulu (DKH) dengan bahasa Melayu Standard (BMS).
     Terdapat beberapa konsep yang digunakan oleh penutur dialek Kuak Hulu dalam memberi sesuatu hal atau perkara dalam kehidupan mereka, iaitu :
1. Konsep menghitung atau membilang
2. Konsep saiz dan bentuk
3. Konsep warna
4. Konsep rasa
1. Konsep menghitung atau membilang
    Dalam dialek asal tempat saya, iaitu dialek Kuak Hulu (DKH) konsep menghitung atau membilang juga digunakan dalam menentukan jumlah atau kuantiti sesuatu benda. Dalam dialek saya konsep menghitung ini menggunakan sistem angka, iaitu satu, dua, tiga, dan seterusnya. Berikut merupakan konsep menghitung dan transkripsi fonetik DKH dengan bahasa Melayu Standard (BMS) : 

Bilangan
DKH
BMS
Satu
Satu
Satu
Dua
Duʷa
Dua
Tiga
Tigha
Tiga
Empat
PaɁ
Empat
Lima
Lima
Lima
Enam
Naŋ
Enam
Tujuh
Juh
Tujuh
Lapan
Lapaŋ
Lapan
Sembilan
Sembilaŋ
Sembilan
Sepuluh
Sepluh
Sepuluh
2. Konsep bentuk dan saiz

i) Konsep bentuk
Sama seperti dalam dialek Kedah, dialek Kuak Hulu turut mempunyai konsep saiz dan bentuk untuk menunjukkan ciri-ciri sesuatu seperti manusia, binatang, benda, objek konkrit dan abstrak. Dalam dialek Kuak Hulu,konsep bentuk yang asas atau selalu digunakan dalam pertuturan harian adalah seperti bulat,bujur, tirus, dan besagi. Besagi ini merupakan bentuk yang dipinjam dari dialek Kedah yang digunakan oleh penutur untuk merujuk kepada objek yang ada segi misalnya, segi tiga dan empat segi. Di samping itu, terdapat juga bukan bentuk asas yang digunakan dalam dialek Kuak Hulu ini seperti bongkok, bengkok, dan melekung.
   Selain itu, dalam konsep bentuk dialek Kuak Hulu turut menggunakan unsur-unsur alam sebagai menggantikan bentuk-bentuk asas. Menurut respondan yang dikaji masyarakat Kuak Hulu bertindak sedemikian adalah untuk menyatakan rupa seseorang dalam bentuk kiasan atau berlapik tanpa menggunakan unsur-unsur yang kesat hingga membawa kepada pergaduhan sesama sendiri. Dalam dialek Kuak Hulu penuturnya banyak menggunakan bentuk-bentuk alam dalam mecirikan manusia terutama melalui anggota badan. Antara anggota badan tersebut ialah hidung, telinga, mata, betis, rambut, dada, kaki, gigi, dan sebagainya Contohnya :

Anggota badan
Unsur-unsur alam
Telinga
Gedebeŋ (capang)
Hidung
Pelepah nyɔ(kelapa),jambu,kepeɁ,mancung,dan tinggi
Mata
Sepet.
Betis
Bunting padi.
Rambut
Cering(pacak)
Dada
Burung
Kaki
Gajah
Gigi
GohoɁ (jongang)
Contoh ayat :
DKH
BMS
1) Tlinga mu gedebeng.
1) Telinga kamu capang.
2) Idung budaɁ tu macam pelepah nyɔ
2) Hidung budak itu besar.
3) Mata mu sepeɁ.
3) Mata kamu sepet.
4) Betis betina tu macam buting keladi.
4) Betis perempuan itu sangat cantik.
5) Cam na mu buaɁ rambut ceriŋ tu.
5) Bagaimana kamu membuat rambut pacak itu.
6) Dada laki tu macam dada buruŋ.
6) Dada lelaki itu tegap.
7) Kaki budaɁ tu cam kaki gajah.
7) Kaki budak itu sangat besar.
8) Ba mu tengok gigi mak cik tu gohoɁ.
7) Cuba engkau tengok gigi mak cik itu jongang.
ii) Konsep saiz
Dari segi saiz pula dalam dialek Kuak Hulu terdapat perkataan yang menunjukkan julat saiz dari yang paling kecil hingga kepada yang paling besar misalnya, kecil, halus, kenit,lait, dan besar. Panjang pendeknya sesuatu benda itu dilihat dari segi menegak dan mengufuk. Dari segi menegak cuma ada dua perkataan sahaja, iaitu tinggi dan rendah, manakala mengufuk pula ada panjang dan pendek. Antara saiz yang kerap digunakan oleh penutur dialek Kuak Hulu ialah gemuk, kurus, tinggi, rendah, kenit, dan kepeh. Contoh ayat :

DKH
BMS
1) Potong bawang tu keciɁ-keciɁ.
1) Potong bawang itu kecil-kecil.
2) Buʷah labu tu sangat laiɁ.
2) Buah labu itu licin.
3) Bɔla ni kǝpeh tak da angin.
3) Bola ini kempis tidak ada angin.
    Selain itu,saiz dalam dialek ini juga menggunakan perkataan-perkataan lain dalam memberikan gambaran sesuatu saiz. Misalnya gemuk seperti gemuk gedembok, kurus sekeping, kurus renyeh, tinggi geleweng, panjang berjela, panjang lonjong, dan pendek seketok. Gemuk gedembok ini menunjukkan seseorang itu sangat gemuk, maksud ‘gedembok’ di situ adalah sebagai kata penguat dan tidak mempunyai sebarang makna. Begitu juga dalam saiz-saiz yang lain yang dinyatakan di atas. Hal ini berbeza dengan ‘kecil’ yang terdiri daripada berbagai tafsiran dalam dialek Kuak Hulu.Saiz ‘kecil’ bersinonim dengan perkataan halus, kenit, dan lait walaupun ia membawa maksud yang sama, tetapi cara penggunaannya yang berbeza. Perkataan ‘halus’ hanya digunakan untuk menunjukkan sesuatu benda itu tidak dapat dilihat oleh mata kasar seperti kuman, bakteria dan sebagainya. Perkataan ‘kenit’ digunakan untuk menunjukkan saiz manusia dan perkataan ‘lait’ digunakan untuk menunjukkan sifat sesuatu seperti buah labu. Perkataan ‘lait’ ini lebih kurang sama dengan perkataan ‘licin’ dalam bahasa Melayu Standard. Contoh ayat :

DKH
BMS
1) BudaɁ tu ghemuɁ ghedemboɁ.
1) Budak itu sangat gemuk.
2) PiɁ tu panjaɲ berjela.
2) Paip itu sangat panjang.
3) TengoɁ budaɁ tu pendeɁ seketoɁ.
3) Budak itu sangat pendek.
3. Konsep warna
Dalam dialek Kuak Hulu terdapat lapan perkataan untuk warna utama iaitu warna merah, hijau, kelabu, kuning, putih, hitam, biru, dan koko(coklat). Warna utama ialah warna yang dipersepsikan oleh penutur dialek ini. Selain itu, setiap warna yang digunakan itu juga dikaitkan dengan alam sekeliling mereka.Contohnya :

1)      Merah---merah darah,merah jentik,merah menyala,merah jambu air, dan merah  Pinang.
DKH
BMS
1) Buʷah jambu tu meghah jentik.
1) Buah jambu itu sangat merah.
2) Mata ku meghah meɲala bila kena asap
2) Mata aku merah apabila terkena asap.

2)      Hijau---hijau daun,dan hijau pucuk pisang
DKH
BMS
1) Baǰu mu ijaw  macam dɔn.
1) Baju kamu sangat hijau.

3)      Kuning---kuning jahing,kuning kunyit,kuning langsat,dan kuning ubi.
DKH
BMS
1) KuliɁ anak mu macam kuning langsat.
1) Kulit anak kamu sangat kuning.

4)      Putih------Putih melepak,dan putih sieh.

DKH
BMS
1) Muka mu puʷteh melepaɁ.
1) Muka kamu sangat putih.

5)      Hitam-------Hitam benderong,dan hitam manis(warna kulit orang melayu).
DKH
BMS
1) Muka Ali hitaŋ bendeghong.
1) muka Ali sangat hitam.
6)      Kelabu-----Kelabu tahi anjing,kelabu asap
DKH
BMS
1) Selua mu kelabu macam tiɁ anjing.
1) Seluar kamu sangat kelabu.

    Warna merah, iaitu merah jentik,menyala,pinang masak,dan jambu air berfungsi sebagai kata penguat untuk menunjukkan warna sesuatu benda itu sangat merah dan tiada benda lain yang dapat menandingi kemerahannya, begitu juga dengan warna-warna yang lain.

4. Konsep rasa
    Dalam dialek Kuak Hulu terdapat lima konsep rasa yang utama, iaitu rasa pahit, manis, masam, masin dan payau (rasa seperti air sungai). Namun begitu, terdapat juga beberapa perkataan dalam dialek ini merujuk kepada rasa misalnya rasa pedih, kelat, tawar, pedar (rasa kulit limau), dan hanyai (rasa antara tawar dan manis seperti rasa buah yang terlalu masak). Konsep rasa dalam DKH juga berkolokasi dengan alam semula jadi untuk menunjukkan darjat kesangatan misalnya :

1)      Pahit--------Pahit berdengung,pahit kelang
DKH
BMS
1) Selua mu kelabu macam tiɁ anjing.
1) Seluar kamu sangat kelabu.

2)      Manis---------Manis lenting,manis buah
DKH
BMS
1) Buah moɁ tan tu maneh leting.
1) Buah rambutan itu sangat manis.

3)      Masin-----masin kiok
DKH
BMS
1) Buah moɁ tan tu maneh leting.
1) Buah rambutan itu sangat manis.
     Sama seperti konsep warna tadi, konsep rasa dalam dialek ini yang menggunakan alam semula jadi adalah untuk menunjukkan darjat kesangatan sesuatu rasa dan tiada rasa yang lain dapat menandinginya misalnya manis lenting menunjukkan rasa itu sangat manis. Rasa pedar dapat kita rasa apabila kita memakan buah seperti buah gawa,dan sentul apabila kita makan buah ini terlalu banyak kita akan terasa gatal-gatal pada lidah, inilah dikatakan rasa pedal itu. Manakala rasa kelat pula merupakan peleburan dua jenis rasa iaitu pahit dan masam. Contoh seperti di bawah :

1) Pahit + masam                    = kelat
2) Tawar + masin + kelat       = payau
3) Manis +tawar                     = hayai
4) Kelak + masam                  = pedar

No comments:

Post a Comment