Istilah biligualisme (Inggeris : bilingualism)
dalam bahasa Indonesia dipanggil kedwibahasaan. Maksud dari segi harfiah, bilingualisme ialah penggunaan dua
bahasa atau dua kod bahasa, iaitu sama ada bahasa Inggeris atau bahasa Mandarin
di Malaysia.
Menurut
Mackey (1962:12), bilingualisme membawa
maksud penggunaan dua bahasa oleh seorang penutur dalam pergaulannya dengan
orang lain secara penggantian. Misalnya, jika seorang bilingualism bercakap
dengan penutur Melayu, dia menggunakan bahasa Melayu, dan jika dia bercakap
dengan penutur Cina dia menggunakan bahasa Cina atau Mandarin.
Untuk
mengetahui dan menguasai kedua-dua bahasa, seseorang itu perlu menguasai
bahasat tersebut. Pertama bahasa ibundanya sendiri (B1), dan yang kedua bahasa
lain yang menjadi bahasa keduanya (B2). Orang yang boleh menguasai kedua-dua
bahasa itu digelar orang yang bilingual,
manakala orang yang mampu untuk menggunakan kedua-dua bahasa itu digelar bilingualitas.
No comments:
Post a Comment